Mari berkenalan dengan Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek.
![]() |
| sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Emas_Cotek |
Memang banyak khasiat yang terkandung dalam tumbuhan. Zaman sekarang kita dah tak perlu susah-susah nak tanam Mas Cotek ni. Dah ada dalam bentuk kapsul. Lebih mudah untuk dimakan dan simpan. Cuma nak kena rajin je la baru boleh dapat khasiatnye.
Ini lah dia produk ZBM yang mengandungi Mas Cotek.
Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu.
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘Tabat Barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam keluarga Moraceae.
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.
Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.
Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan.
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Khasiat lain yang boleh diperolehi dari Mas Cotek ialah :
- Membantu mengawal tekanan Darah Tinggi
- Membantu masalah keputihan & senggugut
- Melancarkan peredaran darah haid
- Mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
- Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
- Mampu merawat migraine, resdung, diabetes, ghout, batu karang, tekanan darah rendah
- Merperbaiki kerosakan urat saraf
- Melegakan senggugut, mengecilkan saluran peranakan / merapatkan pintu Rahim
- Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
Jadi ape tunggu lagi ?? Hubungi 012 - 609 2148 untuk tempahan..
Tindakan anda penyelamat masa depan anda







