ZBM

 
ZBM Perfect World (M) Sdn Bhd (ZBM)
merupakan syarikat milik penuh bumiputera islam yang menyediakan produk kesihatan yang
 halal dan berkualiti tinggi.
 
 Syarikat ini telah diasaskan oleh Encik Zainal Bahri yang mempunyai
lebih 15 tahun pengalaman
didalam dunia perniagaan berasaskan
sistem permasaran pelbagai tingkat (multi level marketing). 


 
Perniagaan MLM yang disertai beliau sebelum ini memberikan beliau satu anjakan paradigma didalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan mencapai kebebasan kewangan. Sepanjang bergiat aktif didalam industri ini, beliau telah banyak mempelajari teknik dan pendekatan terbaik yang mampu menghasilkan pulangan pendapatan yang lumayan.
 
Setelah lebih 15 tahun didalam industri MLM yang telah sebati dengan jiwanya, En. Zainal Bahri kini melangkah setapak lagi kehadapan dengan membangunkan perniagaan beliau sendiri dibawah nama ZBM Perfect World Sdn Bhd.
 
ZBM Perfect World (M) Sdn Bhd turut memberikan teknik, informasi dan pendekatan perniagaan yang boleh diduplikasikan oleh para usahawan untuk mencapai kebebasan kewangan
didalam industri MLM ini.
 

 Visi Syarikat

Melahirkan seramai mungkin usahawan bertaraf jutawan melalui
industri pemasaran berbilang tingkat (MLM)

Membina pemasaran global.

Mengangkat dan memperjuangkan industri MLM tulen dan beretika.

 
Misi Syarikat

Menyediakan pelan pemasaran yang tidak membebankan dan mudah dicapai oleh pengedar.

Membina dan membimbing pengedar yang mempunyai daya juang dan kepimpinan yang tinggi

Menyediakan produk yang berkualiti dan mampu dimiliki semua golongan
 
"KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN
ANDA KEUTAMAAN KAMI"


No comments:

Post a Comment